Thursday 20 August 2015

Wang PELABUR Skim uFun lesap?


1) Adakah UFUN CLUB / UNASCOS yang didakwa menjalankan perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia?

Jika jawapannya TIDAK berdaftar maka mereka boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun KERANA MENJALANKAN PERNIAGAAN TANPA MENDAFTAR SYARIKAT.

2)Adakah UFUN CLUB / UNASCOS yang didakwa menjalankan perniagaan berasaskan MLM telah berdaftar dengan KPDNKK di bawah Akta Jualan Langsung?
Jika jawapanya adalah YA kenapa siasatan polis menyatakan bahawa syarikat ini tidak berdaftar dan malah melaui laman web KPDNKK pun tiada nama UFUN CLUB / UNASCOS yg berdaftar.

Haa jika jawapannya TIDAK, di bawah Akta Jualan Langsung dan Antipiramid pula bagi Syarikat-syarikat yang melakukan penipuan dalam perniagaan jualan langsung berbentuk skim piramid dan kesalahan tidak berdaftar di bawah Akta Jualan Langsung dan Antipiramid berdepan denda RM50 juta, manakala untuk individu pula mereka akan didenda RM5 juta atau lima tahun penjara dan bagi kesalahan kedua didenda RM10 juta atau enam tahun penjara.

3) Adakah UFUN CLUB / UNASCOS mempunyai lesen sah dari Bank Negara Malaysia untuk mengambil wang dan deposit dari orang ramai di bawah Peruntukan Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1986 (ABIK/ BAFIA)? Sumber- Unit Siasatan Khas Bank Negara Malaysia- Skim Cepat Kaya dan Penggubahan Wang Haram.

Jika jawapannya adalah YA maka anda adalah PENIPU BESAR kerana menurut Bank Negara Malaysia hanya institusi yang berikut dibenarkan dan mempunyai lesen untuk mengambil deposit: 

Bank-Bank Perdagangan, Bank-Bank Pelaburan, Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad,  Bank Pertanian Malaysia, Bank Simpanan Nasional, Lembaga Urusan Tabung Haji, Koperasi-koperasi berdaftar.

PERUNTUKAN SEKSYEN 25(1) AKTA BANK DAN INSTITUSI?INSTITUSI KEWANGAN 1989 (ABIK) menyatakan “Tiada seorang pun boleh menerima, mengambil, atau menyetujuterima deposit kecuali di bawah dan mengikut suatu lesen sah yang diberikan di bawah seksyen 6 (4) ABIK”.

Jika jawapannya TIDAK maka anda boleh didapati bersalah menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram, hukumannya adalah:
PENJARA tidak melebihi 10 tahun atau DENDA tidak melebihiRM10 juta atau kedua-dua sekali. Jika kesalahan berterusan, penganjur akan menerima hukuman:

DENDA HARIAN sebanyak RM100,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
SESIAPA YANG DIDAPATI BERSALAH KERANA BERSUBAHAT ATAU BERSEKONGKOL AKAN DIKENAKAN HUKUMAN YANG SERUPA SEPERTI PENGANJUR SKIM CEPAT KAYA (S.112(1)ABIK).

4) Berita Harian 28/07/2010 “POLIS BONGKAR SKIM CEPAT KAYA KERETA MEWAH” menyatakan bahawa mereka akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Apakah Seksyen 420 kanun Keseksaan? Seksyen 420 Kanun Keseksaan adalah (Kesalahan Menipu); Penalti / Hukuman : Jika disabitkan kesalahannya boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun, boleh juga disebat dan di denda). Jika benar mereka tidak menipu mengapa mereka disiasat di bawah seksyen ini?

Apakah definisi tipu dalam konteks akta ini?

a) Contoh penipuan ialah ahli skim secara menyamar sebagai orang kaya padahal tidak dan percakapannya adalah tipu dengan menyatakan bahawa dia mempunyai pendapatan ribuan ringgit setiap bulan walaupun perkara itu diketahui tipu oleh orang yg menyatakanya tetapi dengan niat memperdaya mangsa untuk masuk ke skim tersebut. Maka dia boleh didakwa di bawah akta ini.

b) Menyatakan bahawa skim terbabit adalah sah di sisi undang2 dan berdaftar padahal tidak tetapi dengan niat untuk menipu mangsa bagi menyertai skim ini maka dikatakan sedemikian maka boleh juga didakwa di bawah akta ini.

c) MEMBERI SOKONGAN, BERSUBAHAT, BERSEKONGKOL DENGAN MENYATAKAN SKIM INI MASIH SAH DAN MENYATAKAN MEREKA MASIH DI PIHAK YG BENAR WALAUPUN MEREKA SECARA TERANG –TERANGAN BEROPERASI TANPA LESEN DAN TIDAK MENDAFTAR SYARIKAT MAKA DENGAN NIAT UNTUK MEMPERDAYAKAN ORANG RAMAI UNTUK MEMPERCAYAI PERNIAGAAN MEREKA ADALAH SAH MAKA MEREKA BOLEH DIDAKWA ATAS AKTA INI. Sila tengok denda dan hukuman.

d) Akta ini juga menyatakan bahawa, dakwaan juga boleh dilakukan jika MEMBUAT KENYATAAN SALAH SEHINGGA MEMPERDAYAKAN ORANG. Perdaya mcm mana??? Contohya. Kawan anda mengajak anda keluar makan, tetapi apabila anda sudah bersedia nak keluar makan on the way nak p makan tu tiba2 dia bawa anda ke pejabat atau opis skim untuk bagi anda dengar ceramah dengan niat untuk bagi anda masuk skim tu...

Ha nie la menipu dengan MEMBUAT KENYATAAN SALAH SEHINGGA MEMPERDAYAKAN ORANG. Juga boleh didakwa atas akta nie. Nie x cerita lagi bab perdaya suruh orang buat loan…..

Payah nak tulis panjang sangat apa yg dia cakap tipu kita boleh dakwa dia atas akta nie la. Haaa nie la yg dikata putar alam….pandai cakap belit-belit.

4 comments:

  1. ada miak sibo palak main barang tok... yassim apek... skim nipu org duhal

    ReplyDelete
  2. SESIAPA YANG PERNAH MENYERAHKAN WANG SECARA SUKARELA JUGA BOLEH MEMBUAT LAPORAN KEPADA BANK NEGARA & PIHAK POLIS. KERANA MEREKA TELAH MEMPERDAYA ANDA DENGAN JANJI PULANGAN YANG LUMAYAN MALAH TURUT MEMPERDAYA ANDA DENGAN MENUNJUK-NUNJUK KEMEWAHAN BAGI MEYAKINKAN ANDA. ANDA BERASA TERTIPU SETELAH MEREKA BANYAK BERDALIH DAN MEMBERI PELBAGAI ALASAN.

    ReplyDelete
  3. Welcome to the real world. byee...

    ReplyDelete
  4. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete