Sunday 2 August 2015

Skim Ponzi UFUN CLUB dijenamakan semula sebagai UNASCOS?

Skim Ponzi uFun Club dipercayai telah menukar strategi promosi baharu dengan melakukan penjenamaan semula yang dikenali dengan nama UNASCOS.

Difahamkan buat masa ini, beberapa ahli utama uFun yang dahulunya telah giat untuk mempromosikan semula program baru mereka yang dikenali sebagai UNASCO ini. Berdasarkan kepada maklumat awam, ramai yang telah terpedaya dengan Skim uFun Club ini. Mereka menjanjikan keselesaan dan kesenangan hidup hanya dengan menyimpan atau melabur bersama uFun. Namun, hakikatnya skim uFun Club ini adalah merupakan skim pelaburan yang tidak diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia. Pelaburan seperti ini amat berisiko untuk disertai. Mereka amat licik dalam menjalakan promosi mencari pelabur-pelabur baru dan memperdaya orang ramai dengan pelbagai helah. 

uToken tidak boleh dijuallah, kena masuk skim baharu UNASCO lah, lepas tu kalau nak masuk kena bayar lagi, pengeluaran hanya sebanyak 30%, selebihnya dimasukan ke dalam saham dan sebagainya. Mana sijil nya? Saham apa? APA cerita wang pelaburan UFUN CLUB kami yang tuan-tuan JUTAWAN ni dulu gembar-gemburkan??? Sekarang beralih arah pulak ke UNASCOS?? Adalah lebih kita semua yang telah diperdaya ini membuat LAPORAN KEPADA PDRM serta serahkan kepada pihak berkuasa Polis, Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melakukan siasatan selanjutnya. Kenapa kita perlu berdiam diri sahaja? Sekurang-kurangnya tindakan anda boleh menyelamatkan lebih ramai lagi orang ramai diluar sana daripada terjebak dengan skim yang tiada jaminan dan diiktiraf kerajaan sebegini. Jika benar, mereka tidak perlu gentar & takut bukan? Kita hanya ingin membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi memohon bantuan pihak Polis dan Bank Negara bagi menyiasat dan memberi keyakinan kepada pelabur. Mungkin skim ini betul, namun orang yang menjalankannya tidak amanah? Sekurang-kurangnya kita telah menjalankan tangunggjawab kita sekaligus sekiranya masih belum terlambat kita mungkin mendapat kembali wang yang telah kita laburkan itu... Kita serahkan kepada pihak berkuasa... 

Namun demikian, masih ramai yang mengambil sikap berdiam diri dan tidak juga tampil kehadapan untuk membuat Laporan Polis. 

Tidak pernahkan anda terfikir :

1. Tahukah anda selepas anda menyerahkan wang anda, dimana perginya wang anda berkenaan? Sama ada diambil oleh upline anda?

2. Tidakkah anda berasa hairan, mengapa wang pelaburan anda atau kehidupan anda tidak berubah seperti upline anda yang secara tiba-tiba berubah kepada 360 darjah? 
Contoh : ayangkan kalau RM2,000.00 seorang. Kalau ahli dibawahnya ada 200 orang. Sudah berapa (RM400K tuu...)

3. Apakah bukti pembayaran anda selepas menyerahkan wang anda? Adalah anda ada menerima resit pembayaran daripada syarikat? Invoice atau sebagainya? Maka, anda telah ditipu supaya anda tidak mempunyai bukti untuk menuduh mereka... Bijak bukan...

4. Adakah anda tahu bahawa, institusi yang menerima wang secara tunai daripada pelabur hendaklah berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Dimana, mereka melakukan dengan salah apabila menerima wang tunai dari orang awam tanpa lesen.
(Bagi kesalahan menerima deposit tanpa lesen, mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (Akta 372) yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.)


SEKIRANYA ANDA MERASAKAN DIRI ANDA TELAH TERPEDAYA, SEHINGGA MENDORONG UNTUK ANDA MENYERAHKAN DEPOSIT DALAM PELBAGAI BENTUK ATAU WANG TUNAI KEPADA SEORANG INDIVIDU ATAU SYARIKAT SAMAADA MELALUI ORANG KETIGA ATAU SECARA LANGSUNG. SILA TAMPIL KE BALAI POLIS BERDEKATAN ANDA UNTUK MEMBUAT LAPORAN BAHAWA ANDA MERASAKAN BAHAWA ANDA TELAH TERPEDAYA DAN TERTIPU DENGAN SKIM SEBEGINI. BERTINDAKLAH SEBELUM TERLAMBAT! 

Skim Pengambilan Deposit Secara Haram / Skim Cepat

TUJUAN

Tujuan risalah ini adalah untuk memberi maklumat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai supaya tidak melibatkan diri dalam skim pengambilan deposit secara haram.

PENGENALAN

Terdapat bermacam-macam jenis aktivit pengambilan deposit secara haram, di mana bentuk setiap aktiviti tersebut adalah berlainan. Pengambilan deposit secara haram yang sedemikian biasanya dikenali sebagai aktiviti “skim cepat kaya” di mana kebiasaannya, sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya atas terma-terma bahawa wang deposit tersebut akan dipulnag balik dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.

Janji-janji faedah, pulangan atau keuntungan yang tinggi inilahuang mengakibatkan orang ramai tertarik untuk turut serta melabur di dalam skim yang dianjurkan. Tiada jaminan bahawa pihak penganjur boleh terus membayar pulanganyang tinggi. Pada permulaan skim tersebut, penganjur menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang sebelumnya. Pada amnya, para penganjur skim cepat kaya tidak melaburkan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan keuntungan yan sama atau lebih tinggi. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat terus menanggung pembayaran pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada. Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ianya akan gagal dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka.


SOALAN-SOALAN LAZIM

S1: Apakah maksud "deposit"?

Dalam konteks skim cepat kaya, deposit boleh dijelaskan seperti berikut:

Sejurnlah wang diberikan kepada penganjur skim tersebut yang mungkin adalah sebuah syarikat, perkongsian, perniagaan pernilik tunggal atau seorang indiviclu.

Penganjur menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang tinggi atas setiap deposit dalarn jangkamasa yang pendek. Ada juga skim yang memberi pelbagai bentuk ganjaran kepada para pendepositnya.

Mengikut terma-terma skim tersebut, deposit clan keuntungan akan diberi balik kepada pendeposit pada satu tarikh yang ditetapkan. Tarikh ini boleh ditetapkan oleh penganjur skim atau dipersetujui bersama antara pendeposit dan penganjur skim. Ada kalanya, pendeposit boleh menuntut pulangan mereka sebelum tarikh yang ditetapkan.

Deposit tersebut juga boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau dalam bentuk ganjaran lain, seperti dalarn bentuk logarn berharga, batu berharga, barangan kernas, barangan elektrik atau kereta.

S2: Apakah maksud "pengambilan deposit secara haram"?

la adalah suatu perbuatan menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit tanpa lesen sah di bawah Akta Bank clan Institusi‑Institusi Kewangan 1989 (ABIK). Menjalankan suatu operasi skim cepat kaya yang melibatkan pengambilan deposit adalah suatu kesalahan dari segi undang‑undang kerana penganjur tidak mempunyai lesen sah untuk menerima deposit.

S3 : Apakah ciri-ciri pengambilan deposit secara haram ?

Penganjur tidak mempunyai lessen sah untuk mengumpul deposit.

Penganjur menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangkamasa yangpendek. Pulangan ini selalunya lebih tinggi daripada faedah yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan.

Selain daripada wang tunai, sebahagian daripada pulangan boleh dibayar dalam bentuk ganjaran lain, seperti dalam bentuk kupon, barangan , barangan kemas atau barangan elektrik

S4. Apakah institusi-institusi yang dibenarkan mengambil deposit ? Hanya institusi-institusi yang dilesenkan dan beberapa institusi-institusi yang dibenarkan boleh menerima deposit daripada orang ramai. Contoh-contohnya adalah :
  • Bank-bank Perdagangan
  • Syarikat-syarikat kewangan
  • Lain-lain (institusi-institusi yang dibenarkan seperti Bank-bank Saudagar, Syarikat-syarikat Diskaun, bank Kerjasama Rakyat, Bank Pertanian Malaysia, Bank Simpanan Nasional, Lembaga Tabung Haji, Koperasi-koperasi berdaftar dan institusi lain yang diberi kuasa di bawah undang-undang untuk menerima deposit)


NOTA : Jika anda mempunyai sebarang keraguan samaada sesuatu institusi itu dibenarkan mengambil deposit atau tidak, silalah hubungi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan pengesahan (sila rujuk Soalan 11)

S5: Apakah hukuman bag! pengambilan deposit secara haram?

Hukuman maksima bagi pengambilan deposit secara haram adalah penjara ticiak melebihi 10 tahun dan/atau denda tidak melebihi RM 10 juta dan denda sebanyak RM100,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.

S6: Siapakah yang biasanya menjadi penganjur skim cepat kaya? 

Penganjur skim cepat kaya mungkin seorang individu, perkongsian atau syarikat. Penganjur tersebut mungkin mendapat sijil pendaftaran daripada Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Perniagaan untuk memberi gambaran bahawa perniagaan yang dijalankan adalah sah. Walaubagaimanapun, sijil pendaltaran tersebut tidak memberi kuasa kepada penganjur untuk mengambil deposit.

S7: Siapakah yang biasanya menjadi mangsa skim cepat kaya? 

Para pendeposit yang terlibat merangkumi semua peringkat masyarakat yang inginkan pulangan yang tinggi dan cepat tanpa mengambil kira risiko yang terbabit. Mereka ini mungkin seclar akan risiko tinggi tetapi masih memilih untuk tidak mengendahkan risiko tersebut demi pulangan tinggi yang dijangkakan. 

S8: Apakah risiko-risiko yang terbabit bagi penyertaan di deism skim pengambilan deposit secara harem? Risiko-risikonya adalah:

Membebankan clan merugikan diri sendiri serta keluarga jika mereka telah menggunakan kesernua wang simpanan seumur hiclup, mengeluarkan simpanan dari ASB atau menciapatkan pinjaman dari bank atau koperasi hanya untuk menyertaii skim tersebut. Mereka akan cepat papa, bukannya cepat kaya. 

Menghadapi tuduhan bersubahat atau bersekongkol dalam aktiviti pengambilan deposit secara hararn di bawah ABIK. Hukuman bagi kesalahan bersubahat adalah serupa seperti yang clikenakan ke atas penganjur aktiviti pengambilan deposit secara haram.

S9: Bagaimanakah seseorang boleh kehilangan wang di dalam skim pengambilan deposit secara haram? Seseorang pendeposit boleh kehilangan atau kerugian wang di dalam skim pengambilan deposit secara haram apabila:

Skim tersebut gagal. Memandangkan dana kebanyakan skim pengambilan deposit secara haram adalah daripada deposit ahli-ahlinya, skim tersebut akan berterusan selagi ahli yang wujud atau ahli baru mendepositkan wang. Jika tiada seorang pun yang menyumbangkan wang, penganjur ticlak akan clapat menanggung pernbayaran pulangan yang tinggi. Pada masa itu, skim tersebut akan gagal clan para pendeposit akan kehilangan wang mereka.
Sejak dari awal, penganjur memang tidak berniat untuk memulangkan wang deposit dan melarikan diri bersama wang yang telah dikumpul.

S10: Mengapakah skim cepat kaya masih wujud? 

Selagi orang ramai dikaburi dengan janji-janji pulangan yang tinggi clan menyertai skim-skim ini tanpa mengambil kira risiko yang terbabit, skim ini akan terus wujud. Mereka yang ticlak berwaspada clan terpeclaya dengan janji-janji pulangan yang tinggi akan sebenarnya membantu mernastikan skim-skim ini berterusan clan akan terus kehilangan wang simpanan mereka.

S11: Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai kegiatan pengambilan deposit secara haram atau skim cepat kaya ? 

Anda boleh mengemukakan sebarang pertanyaan atau maklumat secara bertulis kepada :BANK NEGARA MALAYSIAJabatan Perkhidmatan Korporat, 
Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpuratau melalui :

E-mail - info@bnm.gov.my
Telefon - 03-2694 6480 / 03-2694 6437
Faksimili - 03- 2691 2990



uFun Club Ponzi scheme rebranding as Unascos?

With over ten countries actively investigating the scheme, problems with payment processors and the scheme likely appearing on a number of financial fraud alert lists – day to day operations at uFun Club have ground to a halt.

The latest blow saw investors formed that the new backoffice platform, which was supposed to be launched on the 15th, had been “delayed until further notice”.

Now, under the name “Unascos”, it appears uFun Club are looking to rebrand themselves.
As of yet I haven’t seen any official announcement, but the banner below is currently being circulated by uFun Club investors:


Yes it looks like it was put together in MSPaint, but there does appear to be some validity to the claim. The domain “unascos.com” is currently live, but parked on a “coming soon” page:


The domain itself was registered on the 19th of May. The registration itself is private however, so no further info there.

From what I’ve been able to gather, Unascos (sometimes referred to as “Multi-Nasco”), is being touted as uFun Club’s stake in EcoLohas.

EcoLohas was featured in a series of presentations held in Chengdu, China over the last few days – which on the surface had nothing to do with uFun Club.

Trying to put all of this together, my guess is that with uFun Club synonymous with Ponzi fraud, management are having trouble laundering funds into shell companies.

So now you’ve got Unascos and Multi-Nasco, which may or may not have anything to do with EcoLohas, which will permit them to open up new banking channels.


That might work for a few days, maybe even a few weeks, but it’s not going to take much for regulators to work out what’s going on.

One possible reason for the Unascos platform delay might be the following “account suspended” message, currently appearing on the investor login:


Currently I’m not sure who suspended uNascos’ platform hosting or why.

In the meantime we can toss Unascos and Multi-Nasco onto the ever-growing list of hype-trains uFun Club are feeding their investors.

In the meantime expect a mountain of uFun Club investor spam touting Unascos and Multi-Nasco as as economic wonders, none of which will amount to anything.

On the regulatory front we still haven’t heard anything out of Thailand regarding the criminal report which was supposed to be filed on Monday.

At this point I’m starting to think it might have been filed under seal, which would assist regulators in other countries with conducting their own investigations under the radar (Malaysia in particular if that’s the case).

In any event, hopefully we hear something further on the status of the Thai criminal case by the end of the week.

Stay tuned…





18 comments:

  1. Aku ada masuk juak dolok masa di mukah. sidak madah palak nya miak nama Yassim... aku maok quit... duit sik dpt keluar... token sik laku... cemni owh?

    ReplyDelete
  2. polah jak report sia.... nang dah skim penipu! Hahaha

    ReplyDelete
  3. Jutawan!!! Jutawan!!! Semua maok jadi jutawan... bukan senang nank senang, bukan susah nak susah you you...

    ReplyDelete
  4. miak kpg datu lama sibo ya. yassim rambeli fb nya... miak kpg mek org

    ReplyDelete
  5. Stone Cold. cney miak ya kinek tuk? ada di sibo kh

    ReplyDelete
  6. Ado nyo....kayo2 k merc hehehe

    ReplyDelete
  7. Oooo... Lebih baik korang buat report dulu lah... karang citer... kat sini dah heboh dah uFun Unascos ni semua... semua duit masuk saham ntah apa2.... haru bang...

    ReplyDelete
  8. Takpe... buat laporan jer... kalau tak betul o ada unsur penipuan ker nantilah polis siasat. Buat kecoh jer

    ReplyDelete
  9. Aku ada juak kenak bulak. Masuk bulan 1 ya tek. Kakya janji madah ada bonus bulan 4, ada untong! Kakya tek tiba-tiba lalu xda brita udah? Nak miak ya tek tangga ku dah mbak barang baru unascos tek!!? Lalu x da lah uFun pok? Penipu! Jgn jak makan hak org pok

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya kan Utoken dah tak laku. Digital apa ntah dah sik dapat di jual. Jadi, duit pun sik dapat dikembalikan lagi. Skim apa ya? Menipu lah... Paling bagus kumpul ramai-ramai pergi balai buat laporan polis untuk siasatan polis dan tindakan bank negara selanjutnya. Lepas ya buat laporan di bank negara dan bawa sekali salinan report polis ya utk rujukan sidak BNM. So... iboh kaong2 sitok ajk...

    ReplyDelete
  11. Yupanghh yupanggg

    ReplyDelete
  12. Penipu! Padah duit masuk saham tp kenak songlap. Alasan duit x dpt keluar! Utoken digital currency konon, puiiii!!! UFun penipu besar!!

    ReplyDelete
  13. Bukan unascos tok ada molah promosi di miri & kuching ariya kh?

    ReplyDelete
  14. Miak nama Yassim aka Apek ditagih duit macam2 alasan. Nunggu kompeni lah... Ada produk baru katanya. Bisnes uFun ya pun dah lingkup... Ada ati bukak nak baru. Untung berlipat ganda.... Penipu besar sibo ya!!! Makan hak urg!

    ReplyDelete
  15. Serah dgn bank negara atau polis jak utk siasat barang ya. Kita bukan tuduh tapi nak kepastian & ambik balit duit. Sebab banyak gilak dah terpedaya & TERTIPU dengan muslihat uFun (nama baru Unascos) tok. Cara mudah nak dapat duit dengan cara menunjuk kemewahan membuatkan org terpengaruh dan percaya, sampai sanggup serah duit bulat-bulat dgn penipu skim ponzi ni.

    ReplyDelete
  16. Nya ada di Sibu ya.

    ReplyDelete
  17. Apek ku sangka ko hero rupanya hero beranikaya ajak, apek poyo tunggu dn lihat ko , santau ku kirum ,

    ReplyDelete
  18. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete