Wednesday 26 August 2015

Eira Syazira & Azad Nafi Terlibat Lesapkan Duit Pelabur MLM Rania Marketing


Tidak mahu perkara merebak dan menjadi lebih teruk serta mejejaskan reputasi mereka, Eira Syazira dan juga suaminya Azad Jazmin akan mengadakan sidang akhbar tergempar bagi menjelaskan kedudukan mereka dalam perniagaan Rania Marketing Sdn. Bhd.

Semalam, Eira turut berkongsi beberapa video pendek dalam Instagram miliknya mengenai rungutan beberapa pelabur dalam perniagaan itu yang didakwa menjadi mangsa penipuan syarikat tersebut.

“Kami berdua memang tidak ada kena mengena dengan Rania Marketing lagi. Buat masa ini kami tidak boleh berkongsi apa lagi dengan pihak media, tetapi dalam waktu terdekat ini kami akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan kedudukan sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Menurut Eira, dia dan Azad selaku ketua untuk perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran itu terpaksa bertindak sedemikian untuk menjaga kepentingan orang bawahannya.

“Hampir 1,000 orang di bawah saya yang terjejas kerana langsung tidak mendapat pulangan daripada pelaburan yang mereka buat. Jadi sebagai orang yang bertanggungjawab yang memperkenalkan perniagaan ini kami mahu perjuangkan hak mereka,” katanya.

Selain itu, kami turut difahamkan bahawa Rania Marketing adalah milik Datin Muniroh Shuhaimy yang juga ibu kepada bekas isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani.


1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete