Sunday 2 August 2015

Bekas syarikat anak Najib nafi terlibat PENYELEWENGAN UFun

Laporan media sebelum ini mengatakan Mohd Nazifuddin Najib terlibat dalam skim Ponzi syarikat UFun
dalam video yang disiarkan di televisyen Thailand. – Gambar skrin dari Sarawak Report.
Sehari selepas anak kedua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan penglibatan dengan syarikat pemasaran multilevel UFun, satu syarikat dikaitkan dengannya juga menafikan ia terlibat dengan organisasi yang didakwa menyeleweng beribu-ribu orang di Thailand.
Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, di mana Mohd Nazifuddin Najib pernah menjadi pengerusi dan pengarah berkata, ia membuat laporan polis pada 23 April tahun lepas atas khabar angin yang mengaitkannya dengan UFun.
"Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd tidak pernah menjual mana-mana hartanah kepada UFun Club atau menjual token UFun. Apa-apa kaitan tersembunyi yang diwujudkan mana-mana pihak adalah berniat jahat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Lembaga pengarah juga ingin mengesahkan yang tiada perjanjian untuk menjual 30% saham di Lagenda Erajuta Sdn Bhd seperti yang dikatakan dalam media. Kami berharap ini akan menjelaskan keadaan."
Sagajuta didakwa berkait dengan UFun, sebuah syarikat menjalankan skim Ponzi dan menjual Utoken, mata wang yang digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan atas talian.
Nama Nazifuddin timbul selepas satu video yang disiarkan di stesen televisyen Thailand NOW26 mendakwa beliau terlibat dengan UFun dan tidak dapat disentuh kerana hubungannya dengan perdana menteri.
Nazifuddin dalam satu kenyataan semalam berkata, sudah bersara daripada jawatan pengarah dan pengerusi Sagajuta pada Mei 2012.
"Saya tidak mempunyai penglibatan dengan kumpulan tersebut dan sudah pun memaklumkan polis, Bank Negara dan kedutaan Thailand tentang insiden ini apabila saya dapat tahu tentangnya beberapa tahun lalu," beliau dipetik berkata dalam laporan media.
"UFun menggunakan nama saya untuk menipu pembeli supaya menggalakkan mereka untuk menyertai skim Ponzinya."
Beliau juga berkata, video mengaitkannya dengan syarikat kontroversi itu, yang kini sudah menjadi viral, merupakan satu "serangan fitnah peribadi", dan mengatakan yang beliau adalah mangsa buli siber.
"Saya tidak akan terjejas dengan cubaan berniat jahat untuk merosakkan imej saya," beliau dilaporkan berkata.
UFun didakwa menyeleweng lebih 120,000 orang pada jumlah RM4 bilion.
Pihak berkuasa di Thailand dan Malaysia masih lagi mencari mereka yang di sebalik operasi tersebut, termasuklah pengerusi eksekutif kumpulan UFun Datuk Daniel Tay dan dua lagi warga Malaysia.
Dilaporkan beberapa suspek sudah pun ditahan sebagai sebahagian siasatan dalam kes tersebut. – 15 Mei, 2015.


1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete