Sunday 2 August 2015

Bina Puri nafi ada hubungan dengan 'uFun' ‘Utokens’


BINA Puri Holdings Bhd hari ini menafikan ia mempunyai hubungan dengan 'Utokens', dan tidak pernah mengambil bahagian dalam mana-mana promosi yang berkaitan dengan UFUN Group yang berpangkalan di Thailand.
   
Syarikat itu baru-baru ini telah menerima beberapa pertanyaan daripada rakan bersekutunya berkenaan dengan pembelian 100 unit rumah kediaman di Bangkok Marina Resort and Spa yang dibangunkan oleh UFUN, melalui UTR Holding Co Ltd, di Bangkok.
   
"Bina Puri menjelaskan bahawa Bangkok Property Co Ltd adalah pemaju resort terseput. Sekutu kami, Bina Puri Holdings (Thailand) Ltd, memegang 20 peratus saham syarikat itu.
   
"UFUN, melalui UTR, telah menyatakan minat untuk membeli 300 unit rumah-rumah kediaman di resort itu, dan Bina Puri (Thailand) telah menempah 300 unit untuk UTR pada harga jualan sebanyak US$50,000 seunit," kata Bina  Puri dalam satu kenyataan hari ini.
   
Bagaimanapun, katanya, UTR tidak mengambil 300 unit rumah seperti yang dijanjikan dan ini menyebabkan Bina Puri (Thailand) terpaksa membatalkan komitmen penempahan itu, sebaliknya, dikurangkan kepada hanya 100 unit sahaja dengan harga yang sama.
   
"Beberapa peringatan dan tindakan telah diambil oleh Bina Puri untuk menghalang UFUN daripada memaklumkan ahli/pelanggannya bahawa Bina Puri adalah  rakan kongsi UFUN bagi promosi "Utokens", katanya. –Bernama

2 comments:

  1. Hahahaha... Penipuuuuu!

    ReplyDelete
  2. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete