Thursday 10 September 2015

UFUN Scam Raided!

Update: The victims of the UFUN scam still do not understand what they are involved in.  Here is video of them demonstrating in support of UFUN. Their money has been taken by scammers and they still support it.  This is tragic to watch.

Police have arrested four executives from UFUN, which operated a pyramid scheme that involved over 110,00 people worldwide and $618 million in possible damages. – Source Thaivisa.com
UFUN – alternatively called Team UFUN International or UFUN Group – was created in 2014 with the goal of being the world’s largest e-commerce platform.
The primary function of UFUN in the market is to introduce buyers & sellers into the UBARTER and UFUNSTORE markets by using UTOKEN as the digital currency to exchange products and services. With each transaction, UFUN charges a 10% administration fee.
Joining the program means choosing your level of “investment” from a 1 Star to a 5 Star membership:
  • 1 Star Level: $500 (7% referral bonus)
  • 2 Stars Level: $1,000 (8%)
  • 3 Stars Level: $5,000 (9%)
  • 4 Stars Level: $10,000 (10%)
  • 5 Stars Level: $50,000 (12%)
Here are some of the claims that were used to convince people to join this scam:
  1. UFUN , the company behind Utoken is a very large corporation with international representation.
  2. UFUN  is involved in Property Development in Malaysia and Thailand.
  3. UFUN is backed by banks, though admittedly I don’t particularly like the fact that these banks are based in tax havens.
  4. UFUN has a reserve system in place just like the banks which hold your money.
  5. UFUN  has commercial interests such as ubtmall.com and the soon to be launched ufunstore.com
  6. UFUN own’s it’s headquarters in Bangkok. The beautiful UFUN Tower which I intend to visit soon.
  7. UFUN  and the people behind the company run some very high profile and very public activities often attended to by thousands of UFUN members. At the UFUN  Utoken convention in October 2014, 10,000 people from all walks of life (from street vendors to hospital owners) and from all over the world attended.
  8. Her Royal Majesty The Queen of Thailand dignitaries attended the convention in October.
  9. UFUN  – Utoken also sponsors one of the Charities under the patronage of the Royal Family.
  10. On the 16h May 2014, UFUN was raided and investigated by Thailand’s DSI (Department of Special Investigation) and was cleared from running any form of illegal activity. In other words, the investigation found the company to be completely legitimate and not running a Scam or a Ponzi Scheme. – Source Whatisutoken.com

UFUN Scam Reality

UFUN representatives did not mention their products in their sales pitches. Instead, they urged people to expand their teams by offering high-value items such as cars or gold bars. That way, the money made mainly came from new members rather than selling products. In other words, UFUN is a pyramid scheme. – SourceBangkokpost.com
Here is raw video of the UFUN scam raids.




Wednesday 2 September 2015

"Apa Khabar Jutawan-Jutawan Luxor, Dah Pakai Kereta Jenama Apa Sekarang"


GAMBAR HIASAN

Sebelum ini pada zaman Admin sendiri baru tamat sekolah menengah terlalu banyak cerita melibatkan perniagaan Multilevel Marketing (MLM) ini (Bukan semua MLM).

Kisah junior-junior dan kawan-kawan sekolah admin terlibat dalam perniagaan ini di mana mereka menarik perhatian ramai kawan-kawan dengan membeli kereta mewah dan menayangkan kereta berkenaan untuk menarik perhatian orang lain.

Ya, admin akui mereka mengajak orang ramai untuk berjaya tapi cara yang digunakannya salah!, mengapa salah? teringat seorang kawan admin menyertai satu MLM yang tengah meleup tahun 2006 iaitu Luxor.

Ramai golongan muda malahan ada yang sekolah rendah pun terlibat, wang permulaan perlu dikeluarkan kira-kira RM2000 lebih. Mana budak sekolah ambil duit banyak tu.?

Apabila ditanya kawan-kawan, jawapan yang diberikan sungguh mengecewakan ada menggunakan duit tabung haji, ada yang menggunakan duit simpanan tetapi jawapan yang paling mengejutkan sanggup curi barang kemas emak. Ini buka reka cerita, ini berlaku kepada kawan-kawan admin. Nasihat daripada 'leader' kepada mereka "nanti dah berjaya ganti balik."

Tapi apa mereka dapat? sebab lepas bayar RM2000 dan lebih mereka perlu cari lagi orang dibawah sebanyak empat orang yang juga perlu membayar RM2000 kalau tidak tidak dapat bayaran melainkan produk yang tidak padan dengan harga dan ramai gagal mencari 'downline'.

Pada tahun 2008 di raya ke 2, admin pergi beraya ke rumah cikgu yang mengajar dulu, dia pun mula menceritakan perangai segelintir mereka yang 'berjaya' dengan bongkak sombong, pergi ke sekolah kaki letak atas meja semasa di dalam kelas kerana beranggapan gaji merek lebih besar dari cikgu.

Kemudian kisahnya pula semasa mahu mengambil keputusan SPM, junior-junior admin ini pergi ke sekolah ambil keputusan, cikgu cerita adalah empat lima orang leader yang 'berjaya' ini bawa kereta parking sampai depan dataran perhimpunan sekolah berhampiran dengan pejabat untuk tayang kereta-kereta mewah mereka dekat cikgu.

Tapi kini apa jadi dengan mereka? ke mana perginya Luxor yang menyebabkan mereka kurang ajar dengan cikgu itu? mana kereta-kereta mewah mereka? kereta-kereta itu semua sudah jadi hak orang lain.

Selain pengalaman admin ini, ada seorang pengguna Facebook bernama Ariff Arifin telah berkongsikan kisah-kisah mengenai golongan seperti ini.

"Apa khabar jutawan-jutawan Luxor??!"

"LUAR BIASA BAIK!!!!"

Ya. Itu cerita tahun 2005-2006. Rupa-rupanya, Phytoscience lambat lebih kurang sepuluh tahun dalam menggunakan ayat keramat ini dalam bertanya dan menjawab khabar. Ya. Sepuluh tahun. Patutnya gunalah lagu "Apa Khabar" yang Joe Flizzow dan SonaOne nyanyi tu. Barulah 'up to date' kata mat saleh. Dan "jutawan-jutawan" Luxor tu tak ada pun jadi jutawan. Semua akhirnya melingkup. Dah masuk Kampus Gombak pun pakai motor lagi. Jutawan taik kucing!

Aku ingat lagi, punyalah 'hip' MLM waktu tu, terutamanya Luxor. Tiap-tiap malam Selasa ada perjumpaan kalau aku tak salah. Masa tu perjumpaan tu dibuat dekat Menara Luxor dekat PJ. Sekarang aku pun tak tahu Menara Luxor ni masih tersergam indah ataupun dah tukar nama. Pertengahan semester pertama dekat Matrik, ramai dah kena getah. Ini semua gara-gara kena 'brainwash' di Menara tersebut. Semua balik ke bilik dengan semangat berkobar-kobar nak suruh kawan satu dorm masuk juga.

Semua pergi pun bukan ada 'upline' yang "kutip". Tahan teksi, dan "tong" duit tambang nak sampai ke tempat tu. Upline ada Mercedes, BMW bukannya nak tolong. Ya. Kau tak payahlah menunjuk upline kau umur 24 pakai Porsche Carrera GT dengan Ferrari. Orang lain dah pakai skil tu tahun 2005. Upline kau tu baru tingkatan dua masa tu.

Tapi mujurlah aku ni budak AED. Banyak kerja. Ya. Sudahlah aku ni pemalas nak siapkan projek, ada hati kau nak ajak aku ke tempat macam tu. Lainlah kalau ajak aku 'fly' pergi 14 main snooker. Itu aku 'on'. Aku rasa, inilah antara penyebab aku 'extend' pengajian aku dekat Matrik jadi dua tahun.

Masa tu yang masuk ni semua bukan ada duit pun. Dapat seribu ringgit je wang ihsan KPT setiap semester. Tapi punyalah "selenge" sampai sanggup meminjam. Ni semua pasal upline dia ajar. Aku tahulah pasal ada brader tu ajar macam tu. 

"Korang dapat duit seribu kan? Ko cari kawan ko dua orang. Ko pinjam duit diorang seribu sorang. Atau ko cari 4 orang, pinjam 500 sorang. Ikut ko lah macam mana. Nanti dah masuk, ko cari downline. Dapat dua downline, ko dah boleh setel hutang. Lepas tu, engko lah Jutawan Luxor!" 

Menitik air mata aku bila fikir balik apa yang dia ajar ni.

Bangang mereka yang meminjam, bangang juga mereka yang sanggup memberi pinjam. Termasuklah aku. Sebenarnya aku beri pinjam pasal aku semak kena paksa masuk Luxor ni. Aku ingat lagi perbualan berkenaan kehidupan dan harapan tu. 

"Kalau ko tak nak masuk tak apa, ko bagilah aku pakai duit ko, Pet. Ayah ko kan bagi duit belanja. Nanti aku dah dapat cari 'downline' aku bayarlah semula. Sekejap je ni. Bakal Jutawan Luxor!! Hehe," kata dia sambil tersengih memujuk aku.

Nak pinjam pun janji bayar dalam masa sebulan dua. Kau tahu berapa lama aku nak dapat semula duit aku? Semester ketiga ke semester empat dekat Matrik baru aku dapat. Celaka betul. Itu pun jenuh berbuih mulut aku minta, dah serupa pengemis pun ada.

Selain Luxor, banyak juga jenama MLM ni. Ada Sureco, Uptrend, Omegatrend dan segala jenis 'trend' lain yang memang 'trendy' pada tahun-tahun tersebut.

Punyalah hebat penangan MLM. Ada putus kawan. ada sampai bertumbuk pasal minta hutang. Ada yang buat tak tahu terus dengan hutang tu. Tapi, penghujungnya cuma satu je aku nak tanya.

"APA KHABAR JUTAWAN-JUTAWAN LUXORRRRRRRR???!!!! Dah pakai kereta jenama apa sekarang??!" 

Wednesday 26 August 2015

PENTING! Cara-Cara Yang Betul Membuat Laporan Polis Tentang Penipuan Atas Talian


CARA-CARA YANG BETUL MEMBUAT LAPORAN POLIS TENTANG PENIPUAN ATAS TALIAN | Setiap hari ramai yang tertipu di dalam maya samada mereka melakukan pembelian barangan mahupun menggunakan perkhidmatan melalui atas talian.

Rata-rata kes penipuan ini, menggunakan modus operandi yang hampir kurang sama dan banyak helahnya.

Timbul persoalan daripada pengguna apabila mereka menjadi mangsa penipuan, adakah aduan mereka kepada pihak berkuasa akan dilayan atau laporan cukup sekadar laporan sahaja tetapi tidak ada sebarang tindakan di ambil? Ada juga yang ambil sikap acuh tak acuh bila terasa diri tertipu mungkin kerana kos yang dikeluarkan tidaklah besar tetapi dia luar, jika tertipu RM10 sekalipum itu baru seorang. Bayangkan nasib 1 juta pengguna lain yang turut ditipu RM10, hidup mewah si penipu sampai ke tua. 

Berikut dikongsikan cara-cara membuat laporan Polis berkenaan penipuan online. Ianya boleh dijadikan panduan anda bila berdepan dengan situasi penipuan di internet. Biarpun anda seorang pembeli yang bijak, anda tidak pernah terlepas dari risiko tertipu pada bila-bila masa sahaja di luar kawalan anda.


Memandangkan timbul pelbagai persoalan didalam kes-kes penipuan online yang mana kita merasakan yang tiada tindakkan diambil oleh pihak Polis walaupun kita telah membuat report diatas kejadian penipuan yang menimpa kita apabila berurus niaga jual beli gajet/barangan secara online, saya telah cuba mendapatkan pandangan Saudara Kamal Affandi Hisham yang merupakan Penganalisis Jenayah yang dikenali di Malaysia bagi mendapatkan pandangan beliau terhadap apa yang sering dan sedang terjadi dikalangan pengguna yang menggunakan medium facebook/mudah/lelong untuk membeli atau menjual secara online


Setelah berbual dengan saudara Kamal Affandi Hashim, nampaknya ada perkara2 yang tidak kita ketahui dalam membuat polis report yang menyebabkan sesetengah report kita tidak dapat diambil tindakkan.

Dalam membuat report berkenaan “tertipu” dgn jual beli online, perkataan tipu tidak boleh digunakan kerana sebenarnya tiada elemen jenayah disitu. Mangsa tidak dipaksa, diugut atau diancam keselamatan untuk melakukan transaksi pembayaran kepada pemangsa. Ayat dalam report nak kena betul contohnya penggunaan perkataan “MEMPERDAYA” dan “MENDORONG”.


Contoh ayat: “saya tertarik dengan iklan penjualan blablabla dan seterusnya menghubungi si polan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan barangan yang dijualnya. Saya merasakan si polan telah memperdaya saya dan mendorong saya melakukan transaksi pembayaran sebanyak blablabla. Setelah saya membuat pembayaran tersebut melalui blablabla, si polan telah bertindak menyekat saya dari menghubunginya baik menerusi laman facebook dan panggilan/sms pun tidak dijawap, blablablabla”. Selepas ada 2 perkataan memperdaya dan mendorong, barulah boleh digunakan perkataan tipu, ditipu dan sebagainya.

Saya tanyakan juga pada beliau kenapa tak boleh mention ditipu je terus, katanya sebab itu adalah pertuduhan yang direct sedangkan tiada elemen-elemen jenayah yang berlaku dalam transaksi yang dibuat. Mangsa tidak diugut, tidak dipaksa, tidak diancam keselamatannya untuk membuat transaksi terbabit, jadi tidak boleh nak charge apa-apa kesalahan. Contoh la saya tulis saya kena tipu, saya masih boleh dipersoalkan sebab kaitannya dengan tiada paksaan tadi, namun jika perkataan memperdaya dan mendorong digunakan, itu memang ada clause undang2. Jadi kot mana-mana pun polis nak kena buat kerja/siasatan yang mana ianya akan dirujuk kepada Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

So yang paling penting sekarang adalah pengunaan ayat yang betul dalam membuat laporan Polis. Ingat keyword yang penting ya, “MEMPERDAYA” dan “MENDORONG”.


Dibawah ini saya sertakan penerangan ringkas tentang Seksyen 420 Kanun Keseksaan

PENIPUAN ONLINE BOLEH DIDAKWA MENGIKUT Seksyen 415, 416, 419, 420 Kanun Keseksaan:

Seksyen 415 iaitu:Barang siapa yang memperdayakan (deceived) mana-mana orang, sama ada perdayaan itu adalah dorongan yang utama atau tidak;

(a) Secara frod (fraudulently) atau tidak amanah (dishonestly) mendorong orang yang terpedaya itu untuk menghantar sebarang harta kepada mana-mana orang atau memberi kerelaan kepada orang tersebut menyimpan harta itu; atau

(b) Dengan secara berniat mendorong (intentionally induces) orang yang telah terpedaya itu untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa yang dia sepatutnya melakukan atau tidak melakukan jika dia tidak diperdayakan sedemikian dan perbuatan atau ketinggalan itu telah menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana orang pada tubuh, minda, reputasi atau harta.

Jelasnya, penipuan berlaku apabila orang yang membuat representasi atau kenyataan mengenai sesuatu fakta itu sendiri tidak mempercayai apa yang dia katakan itu sebagai benar.

Elemen ini dikenali sebagai deception iaitu membuat kenyataan salah sehingga memperdayakan orang yang menerima kenyataan itu sedangkan orang yang membuat kenyataan itu sendiri tidak percaya bahawa ia adalah benar.

Jika tiada harta yang terserah kepada pihak yang satu lagi hukuman boleh dikenakan di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum PENJARA LIMA TAHUN atau denda atau kedua-dua sekali.

Kesalahan penipuan ini juga boleh dipertanggungkan ke atas orang yang menjadi dalang atau punca penipuan. Dalam konteks ini, sindiket penipuan akan menggunakan pihak ketiga atau ejen untuk melaksanakan rencana mereka.


Beli perfumes melalui pihak yang dipercayai sahaja.

Walaupun orang tengah itu yang memainkan peranan aktif berkata-kata dan berusaha mendorong mangsa untuk ditipu tetapi kesalahan penipuan ini masih boleh dipertanggungkan ke atas orang memberikan kebenaran kepada ejennya itu untuk melakukan penipuan bagi pihak dirinya.

Dalam Seksyen 416 Kanun Keseksaan sesiapa yang menipu secara menyamar sebagai orang lain selain daripada dirinya sendiri adalah melakukan kesalahan menipu secara menyamar. Hukuman yang boleh dikenakan adalah lebih berat daripada penipuan secara biasa tadi.

Di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan hukuman bagi jenis penipuan secara menyamar ini adalah PENJARA tidak melebihi daripada TUJUH TAHUN atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, jika penipuan yang dilakukan itu mengakibat sebarang harta atau barangan telah terserah kepada satu pihak lain atau telah berlaku kerosakan terhadap sesuatu harta maka hukuman yang lebih berat boleh dikenakan terhadap pesalah. Hukuman boleh dikenakan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu PENJARA tidak kurang dari SATU TAHUN dan tidak lebih daripada 10 TAHUN dan hendaklah dikenakan SEBATAN dan juga denda.


Saya mengharapkan kita sebagai pengguna mestilah senantiasa berhati-hati dalam menjalankan urus niaga secara online atau mungkin offline. Jangan terlalu gopoh dalam membuat keputusan. Selidiki terlebih dahulu akan kesahihan sesuatu perkara. Jangan rambang mata dan menyesal kemudiannya.

Diharap maklumat ini dapat membantu pengguna-pengguna yang telah tertipu untuk menuntut keadilan dengan sebaiknya.

Nota Kaki:

Bagi yang pernah menjadi mangsa penipuan online dan pernah membuat lapuran polis, anda juga boleh salurkan maklumat penipuan tersebut ke page Senarai Penipu Online supaya maklumat si penipu itu dapat dikumpulkan dan seterusnya dimuatnaikkan ke carian Google melalui website http://infoscammer.com/untuk rujukkan bakal-bakal pembeli. Harap maklum.

+ Terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini.

SUMBER: OH! MEDIA


Eira Syazira & Azad Nafi Terlibat Lesapkan Duit Pelabur MLM Rania Marketing


Tidak mahu perkara merebak dan menjadi lebih teruk serta mejejaskan reputasi mereka, Eira Syazira dan juga suaminya Azad Jazmin akan mengadakan sidang akhbar tergempar bagi menjelaskan kedudukan mereka dalam perniagaan Rania Marketing Sdn. Bhd.

Semalam, Eira turut berkongsi beberapa video pendek dalam Instagram miliknya mengenai rungutan beberapa pelabur dalam perniagaan itu yang didakwa menjadi mangsa penipuan syarikat tersebut.

“Kami berdua memang tidak ada kena mengena dengan Rania Marketing lagi. Buat masa ini kami tidak boleh berkongsi apa lagi dengan pihak media, tetapi dalam waktu terdekat ini kami akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan kedudukan sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Menurut Eira, dia dan Azad selaku ketua untuk perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran itu terpaksa bertindak sedemikian untuk menjaga kepentingan orang bawahannya.

“Hampir 1,000 orang di bawah saya yang terjejas kerana langsung tidak mendapat pulangan daripada pelaburan yang mereka buat. Jadi sebagai orang yang bertanggungjawab yang memperkenalkan perniagaan ini kami mahu perjuangkan hak mereka,” katanya.

Selain itu, kami turut difahamkan bahawa Rania Marketing adalah milik Datin Muniroh Shuhaimy yang juga ibu kepada bekas isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani.


Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia mengingatkan orang ramai agar berhati-hati terhadap skim pelaburan



Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia hari ini mengingatkan orang ramai agar berhati-hati terhadap skim penipuan pelaburan yang dipromosikan di Internet. 

Sesetengah syarikat dan laman web yang menawarkan skim pelaburan Internet tidak dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menerima deposit. Mereka juga tidak dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk memberikan nasihat pelaburan yang berkaitan dengan aktiviti sekuriti atau niaga hadapan atau menjalankan aktiviti pengurusan dana di Malaysia. Aktiviti sedemikian biasanya menawarkan pulangan atau peluang pelaburan yang menarik. 

Pelabur boleh mendapatkan pengesahan mengenai status pelesenan institusi kewangan yang terbabit dalam aktiviti pengambilan deposit yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau individu dan syarikat yang terbabit dalam aktiviti pelaburan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti masing-masing di laman web www.bnm.gov.my dan www.sc.com.my. 

Orang ramai adalah diingatkan supaya mereka hendaklah hanya membuat deposit atau melabur dengan pihak yang dilesenkan oleh pihak berkuasa agar mereka boleh mendapat perlindungan di bawah undang-undang perbankan dan sekuriti. Pengendali tidak berlesen boleh menghilangkan diri mereka dan meninggalkan pelabur tanpa berupaya untuk mendapatkan semula wang pelaburan mereka atau membuat tuntutan terhadap mana-mana individu yang terbabit dengan skim tersebut. 

Penting bagi orang ramai berwaspada dan bertanggungjawab dalam membuat keputusan pelaburan kerana Internet menawarkan akses mudah bagi mereka yang tidak bertanggungjawab memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang mereka. Pelabur digesa untuk mendapatkan pengesahan mengenai kesahihan skim yang kononnya menawarkan pulangan atau peluang pelaburan yang lumayan yang membabitkan kadar pulangan yang melebihi pasaran, dan tanpa risiko atau berisiko rendah. Mereka perlu mendapatkan maklumat yang berkaitan sebelum membuat pelaburan melalui Internet. 

Sekiranya tidak pasti, orang ramai hendaklah mengesahkan dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti atau pihak berkuasa berkaitan yang lain mengenai status pelesenan syarikat tempatan dan asing sebelum mendepositkan wang mereka atau membuat apa-apa keputusan pelaburan. 

Orang ramai juga dinasihati agar memaklumkan pihak berkuasa serta-merta sekiranya mereka menjumpai mana-mana laman web, e-mel atau apa-apa maklumat yang mencurigakan di Internet yang berkaitan dengan nasihat dan khidmat pelaburan serta aktiviti pengambilan deposit. Mereka boleh menghubungi Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia di:

Jabatan Pengaduan/ Suruhanjaya Sekuriti
Tel: 03-6204 8999 / 03-6204 8777
Faks: 03-6204 8991 
E-mel: aduan@seccom.com.my

Bank Negara Malaysia
Tel: 03-2691 0824 / 2692 6482 / 2698 2810 / 2694 2143
Faks: 03-2698 7467
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Dikeluarkan bersama oleh
Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti
19 April 2007 

SUMBER

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pantau Kes Penipuan Skim Pelaburan


Kuala Lumpur - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin merujuk kepada laporan media berhubung ahli perniagaan bergelar Datuk yang sedang diburu oleh Polis Diraja Malaysia dan Kerajaan Thailand kerana disyaki menjadi dalang kes penipuan skim cepat kaya membabitkan lebih dari 100,000 mangsa di seluruh dunia.
SSM sedang memantau syarikat yang dikaitkan  dengan ahli perniagaan tersebut dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya sekiranya didapati syarikat terbabit melanggar sebarang peruntukan Akta Syarikat 1965 termasuk mengambil tindakan menggulungkan syarikat berkaitan jika didapati operasi yang dijalankannya adalah menyalahi undang-undang di Malaysia.
SSM memandang serius penglibatan syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dalam penganjuran skim pelaburan haram.  Dalam konteks ini SSM sentiasa komited dalam memastikan kepentingan orang awam terpelihara melalui penguatkuasaan undang-undang yang ditadbir urus olehnya.
Dalam masa yang sama SSM mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati sebelum menyertai sebarang skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi bagi mengelakkan ditipu dan mengalami kerugian dengan menyemak terlebih dahulu latar belakang penganjur.
Bagi pengesahan status syarikat, orang ramai boleh datang secara peribadi ke pejabat SSM yang berdekatan, menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03 77214000 atau melalui e-mel enquiry@ssm.com.my atau mengunjungi laman web www.ssm.com.my.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) 
TARIKH : 29 APRIL 2015

Monday 24 August 2015

Apakah Skim Cepat Kaya?




Apakah Skim Cepat Kaya? 

Satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko. 

Skim "Cepat Kaya" yang berikut adalah dilarang di bawah undang-undang yang dikuat kuasakan oleh Bank Negara Malaysia:

Aktiviti pengambilan deposit secara haram 

Aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah suatu perbuatan menerima, mengambil, atau menyetujuterima deposit (wang, logam berharga, batu berharga, apa-apa artikel lain dan sebagainya) daripada orang awam atau pelabur, yang menjanjikan pembayaran semula deposit tersebut biasanya dengan faedah atau pulangan atau dengan sebarang balasan yang berupa wang atau nilaian wang, tanpa mempunyai satu lesen yang sah di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989. 

Urus niaga mata wang asing haram 

  • Perbuatan yang berikut tergolong kepada urus niaga mata wang asing haram: Membeli atau menjual mata wang asing di antara dua orang dan tiada seorang daripada mereka adalah seorang peniaga yang diberi kuasa melainkan jika orang itu telah mendapatkan kebenaran daripada Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (AKPW). 

  • Membeli atau menjual mata wang asing oleh seorang pemastautin yang bukan seorang peniaga yang diberi kuasa dengan seorang di luar Malaysia melainkan jika orang itu telah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW. 


AMARAN: Skim Pelaburan Melalui Internet

Orang awam diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pelaburan yang dipromosikan melalui internet. Sesetengah syarikat dan laman web yang menawarkan skim pelaburan melalui internet tidak dilesenkan atau diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia untuk mengambil deposit atau membuat urus niaga mata wang asing. Aktiviti sedemikian biasanya menawarkan pulangan pelaburan yang menarik atau peluang pelaburan yang membabitkan kadar pulangan yang tidak realistik dan tanpa risiko atau berisiko rendah.

Pelabur adalah diingatkan supaya membuat deposit hanya dengan institusi yang berlesen atau menjalankan urus niaga mata wang asing dengan institusi yang diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia agar mereka boleh mendapat perlindungan yang sepatutnya. Pengendali tidak berlesen boleh berhenti menjalankan perniagaan mereka yang menyebabkan pelabur-pelabur tidak mempunyai apa-apa cara untuk mendapatkan semula wang pelaburan mereka atau membuat tuntutan terhadap mana-mana orang yang terbabit dengan skim tersebut.

Bagaimanakah untuk mengesan Skim Cepat Kaya?

Skim pengambilan deposit secara haram

  • Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi) menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit daripada orang awam tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989;
  • Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan dijanjikan untuk dibayar dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau nilaian wang, sebagainya); dan
  • Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit pokok apabila pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan pokok adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau pulangan tetap yang dijanjikan). 


Amaran Untuk Pelabur

• Aktiviti pengambilan deposit secara haram selalunya berselindung dengan pelbagai cara untuk menipu orang awam menjadi mangsa skim pelaburan haram, antaranya, melalui tawaran pemberian emas dan barang berharga yang lain sebagai sebahagian daripada pulangan yang dijanjikan. Selain itu, orang ramai juga disogok dengan dakwaan bahawa deposit itu diterima sebagai pinjaman kepada syarikat.

•  Aktiviti pengambilan deposit secara haram seringkali digambarkan mampu memberi kadar faedah atau pulangan yang tinggi atau tidak realistik dalam suatu masa yang singkat berbanding dengan institusi-institusi berlesen yang lain. Bagaimanapun, skim-skim seperti ini tidak boleh bertahan lama;

•  Jangka hayat skim-skim seperti ini bergantung kepada penyertaan pelabur baru di mana dana pelaburan yang diterima akan digunakan untuk pembayaran dividen kepada pelabur lama. Sekiranya syarikat pengendali gagal mendapatkan pelabur baru, skim ini akan gagal kerana ketiadaan sumbangan dana dari pelabur baru.

•  Pada permulaannya, pelabur-pelabur awal akan dibayar pulangan pelaburan seperti yang dijanjikan. Bagaimanapun, akhirnya pengendali akan melarikan diri dengan wang deposit yang dipungut apabila pengendali mendapati skim akan mengalami kegagalan yang akhirnya menjadikan pelabur rugi.

Skim urus niaga mata wang asing haram
Urus niaga mata wang asing dengan seseorang, selain daripada seorang yang diberi kuasa, yang tidak mendapat kebenaran oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW sering:
Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus niaga mata wang asing dengan syarikat induk (yang kononnya mempunyai lesen sah untuk berurus niaga mata wang asing di luar negara);
Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan menyediakan akses kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui internet;
Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga mereka membuat pelaburan; 
Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga; dan 
Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan ("panggilan margin") atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan mereka . 

Amaran untuk Pelabur

Pengendali skim mata wang asing haram akan cuba menyakinkan bakal-bakal pelabur dengan strategi pasaran yang menjanjikan pulangan segera dan tinggi-

•  Melalui penampilan imej yang profesional dan bereputasi dengan barisan pekerja yang berpakaian segak, keadaan pejabat yang bercirikan teknologi tinggi dan kemudahan IT yang terkini yang memudahkan pelabur-pelabur untuk mengendalikan akaun-akaun mereka melalui internet;

•  Dengan peralatan urus niaga seperti suatu skrin berita yang menunjukkan pergerakan dalam kadar pertukaran untuk memberi gambaran bahawa sesuatu perniagaan yang profesional dan sah di sisi undang-undang sedang dijalankan;

•  Kebiasaannya, pelabur juga dikehendaki untuk menandatangani satu kontrak urus niaga dengan syarikat. Kontrak-kontrak ini sering tidak ditandatangani oleh syarikat. Ini bermakna tiada tindakan boleh diambil oleh pelabur terhadap syarikat kerana tiada kontrak formal yang mengikat.


Bagaimanakah untuk melindungi diri daripada terjebak dengan skim seperti ini?

  • Ingatlah pada kata hikmat ini - Sesuatu yang menguntungkan tetapi seakan terlalu mustahil untuk diterima akal, berkemungkinan besar merupakan satu penipuan;
  • Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga mata wang asing yang di beri kuasa;
  • Semak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa yang berkaitan;
  • Jangan gopoh atau membiarkan diri dipaksa untuk melabur;
  • Berhati-hatilah dengan pelaburan yang dibuat melalui internet;
  • Berwaspada dengan sebarang peluang pelaburan yang tidak bertulis; dan
  • Jika suatu pelaburan telah dibuat, simpan kesemua dokumen yang berkaitan dengan
  • pelaburan dan komunikasi dengan selamat. 

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda menjadi mangsa skim seperti ini?

Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti pengambilan wang secara haram atau urus niaga mata wang asing secara haram atau anda sendiri adalah mangsa kepada aktiviti atau skim haram seumpamanya tersebut , sila hantar maklumat lanjut atau aduan anda beserta dengan dokumen berkaitan kepada Bank Negara Malaysia seperti berikut:


Alamat:
Unit Penyiasatan Khas 
Bank Negara Malaysia 
Jalan Dato' Onn 
50480 Kuala Lumpur 
Faksimili: 03-26987467 
E-mel: upkinfo@bnm.gov.my
Kami juga boleh dihubungi di nombor telefon yang berikut:
Tel.: 03-2691 5090 / 2698 4163 / 2691 0824 / 2692 6482 / 2694 2143

221 Syarikat Pelaburan Yang Tidak Diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia

Anda nak melabur? Anda curiga dengan pelaburan anda? Di bawah anda akan dapat melihat senarai penuh syarikat pelaburan yang tidak diiktiraf oleh 


Menurut BNM:

Bank Negara Malaysia (BNM) would like to alert the members of the public a list of companies and websites which are neither authorised nor approved under the relevant laws and regulations administered by BNM.

Kata mereka mengenai senarai di bawah:

Please take note that the list is not exhaustive and only serves as a guide to members of the public based on information and queries received by BNM. The list will be updated regularly for public’s reference.



NOTA: Jika anda tahu mana-mana syarikat di bawah yang sudah TIDAK LAGI berada di dalam senarai BNM, anda boleh hubungi kami ataupun komen sahaja di bawah.


Jadi, tanpa berlengah lagi, inilah senarai syarikat pelaburan yang tak diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia…


  1. 1 1globalcash Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  2. 2 1Gold.com.my www.1gold.com.my Pelaburan emas 13/07/2012
  3. 3 Ace Global Sales & Services Aktiviti tidak berlesen 02/05/2013
  4. 4 Agarwood Venture (002273031-A) Aktiviti tidak berlesen 19/02/2014
  5. 5 Al-Saliha Worlwide Sdn. Bhd. (628267-M) Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  6. 6 Amazing Yields Sdn Bhd (891529-V) Pelaburan emas 23/01/2013
  7. 7 Amethyst Gold Creation Sdn Bhd (951063-K) www.powergoldclub.com www.powergold999.com Aktiviti tidak berlesen 12/11/2013
  8. 8 APS Asia Plantation Sdn Bhd (984575-T) Aktiviti tidak berlesen 28/03/2013
  9. 9 Aruna Travel Aktiviti tidak berlesen 25/09/2013
  10. 10 AU Niaga Sdn Bhd (907806-W) Pelaburan emas 13/07/2012
  11. 11 AU79 International Pelaburan emas 13/07/2012
  12. 12 Axis Capital Corporation Ltd www.axiscapitalcorp.com Perniagaan mata wang asing 19/02/2014
  13. 13 Build Rich Mining Group Bhd (1006586-T) www.buildrich.us Pelaburan emas 28/03/2013
  14. 14 Build Rich Investment Group Ltd Pelaburan emas 19/02/2014
  15. 15 Build Rich Group Holding Pelaburan emas 19/02/2014
  16. 16 Build Rich Agrotech Berhad Pelaburan emas 19/02/2014
  17. 17 Build Rich Enterprise Pelaburan emas 19/02/2014
  18. 18 Bumi Klasik Warisan Enterprise Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  19. 19 Cash Deal Sdn Bhd (Boss Venture) www.bossventure.com Aktiviti tidak berlesen 19/02/2014
  20. 20 CGF Fine Metal Sdn Bhd Pelaburan emas 27/09/2012
  21. 21 CTK Network http://CTK2U.com Aktiviti tidak berlesen 16/10/2012
  22. 22 CybertrustFX Perniagaan mata wang asing 22/07/2013
  23. 23 Dana Haji Jasman Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  24. 24 Danatama Millennium Sdn Bhd (819082-U) Perniagaan mata wang asing 02/05/2013
  25. 25 Darul Emas Perak Bhd Pelaburan emas 19/02/2014
  26. 26 Degold Empire Sdn Bhd (882335-M) Pelaburan emas 13/07/2012
  27. 27 Dgreat Network http://info.simplebisnes.com Aktiviti tidak berlesen 02/05/2013
  28. 28 DNA Profile Sdn Bhd (245435-W) Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  29. 29 Dream Success International Sdn Bhd (1002002-P) www.Surewin4u.com Aktiviti tidak berlesen 25/09/2013
  30. 30 Dynamic Wira Marketing Sdn Bhd – Skim Beras 1 Malaysia Aktiviti tidak berlesen 23/01/2013
  31. 31 Dynasty Worldwide Sdn Bhd (800311-D) www.dynasty-worldwide-net www.dynastymf.com Aktiviti tidak berlesen 25/09/2013
  32. 32 Eagle Aeronautics (M) Sdn Bhd (796603-A) Aktiviti tidak berlesen 27/09/2012
  33. 33 East Cape Mining Corp Pelaburan emas 13/07/2012
  34. 34 Ecofuturefund www.ecofuturefund.biz Perniagaan mata wang asing 25/09/2013
  35. 35 Empire Five Trading www.mikadofx.com Perniagaan mata wang asing
  36. 36 Energetic Gateway Sdn Bhd (511826-X) Pelaburan emas 23/01/2013
  37. 37 Epic Palms Bhd http://epicpalmsberhad.com/ Aktiviti tidak berlesen 28/03/2013
  38. 38 Extra Capital Programme http://extracapitalprogram.com Perniagaan mata wang asing 13/07/2012
  39. 39 Ezey Marketing Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  40. 40 E-Qirad Sdn Bhd (595699-D) Aktiviti tidak berlesen 28/03/2013
  41. 41 FA Markets Aktiviti tidak berlesen 02/05/2013
  42. 42 FE Brands (M) Sdn Bhd (1000656-H) Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  43. 43 Flexsy Enterprise & Barrilorne Corp Pelaburan emas 13/07/2012
  44. 44 FNZ Capital Limited www.intelfx.com Perniagaan mata wang asing 13/07/2012
  45. 45 Futurebarrel.com http://futurebarrel.com Aktiviti tidak berlesen 12/11/2013
  46. 46 http://ftindojaya.blogspot.com www.ft-indojaya.com
  47. 47 Gain FX Capital Sdn Bhd www.gainfxcapital.org Perniagaan mata wang asing 13/07/2012
  48. 48 Gan Patt Services Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  49. 49 GGF Golden House Sdn Bhd (803753-W) Pelaburan emas 13/07/2012
  50. 50 Global Creation Trading Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  51. 51 Global Peace Loving Family www.globalpeacelf.com Aktiviti tidak berlesen 27/09/2012
  52. 52 Global Venture Financing http://globalventurefinancing.com Perniagaan mata wang asing 13/07/2012
  53. 53 Global Wave Gold Corporation https://globalwavegold.com http://gwgfx.com Perniagaan mata wang asing 12/11/2013
  54. 54 Gold Bullion World Sdn Bhd (1018604-A) http://goldenworld.com.my Aktiviti tidak berlesen 22/07/2013
  55. 55 Gorgeous Chain Sdn Bhd (841928-P) Perniagaan mata wang asing 13/07/2012
  56. 56 Grand View Golden Success Sdn Bhd (638186-X) – Golden Maximum Aktiviti tidak berlesen 22/07/2013
  57. 57 Great Access Sdn Bhd (517965-X) Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  58. 58 Green Buck Resources Sdn Bhd (851115-A) Perniagaan mata wang asing 02/05/2013
  59. 59 Greenmillion Agrosolution Enterprise http://greenmillionagrisolution.blogspot.com Aktiviti tidak berlesen 27/09/2012
  60. 60 Green Forest Global Sdn Bhd (987049-P) Pelaburan emas 22/07/2013
  61. 61 Harvest Reliance Consultancy Sdn Bhd (965589-W) Aktiviti tidak berlesen 02/05/2013
  62. 62 HEA Teguh Aktiviti tidak berlesen 25/09/2013
  63. 63 Hexa Commerce Sdn Bhd (645798-X) Perniagaan mata wang asing 13/07/2012
  64. 64 Holiday Express Asia Aktiviti tidak berlesen 25/09/2013
  65. 65 Honest Group Ltd Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  66. 66 Iconhill Holding Sdn Bhd (810775-P) Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  67. 67 IGC Diamond Pelaburan emas 13/07/2012
  68. 68 Infinity Star International Sdn Bhd (851864-T) Pelaburan emas 25/09/2013
  69. 69 Instaforex Perniagaan mata wang asing 13/07/2012
  70. 70 Isothree Gold Sdn Bhd (906561-K) Pelaburan emas 13/07/2012
  71. 71 Jalatama Management Sdn Bhd (929594-W) www.jalatama.com Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  72. 72 Jazlaan Enterprise Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  73. 73 JM Communications & Technology Sdn Bhd (702054-V) Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  74. 74 JMI Global Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  75. 75 JTGold Pelaburan emas 13/07/2012
  76. 46 Future Trade Indojaya Sdn Bhd (1003327-P) Pelaburan emas 27/09/2012
  77. 76 Kelab Kebajikan dan Sosial Tun Teja Malaysia http://yds2u.com Aktiviti tidak berlesen 02/05/2013
  78. 77 Kelab Kebajikan Sosial Malaysia (VVIP88) Aktiviti tidak berlesen
  79. 78 Kris Plus Enterprise (IP0238424-A) Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  80. 79 Lestari2U www.lestari2u.com Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  81. 80 Liberty Reserve www.libertyreserve.com Perniagaan mata wang asing 13/07/2012
  82. 81 Life Time Holidays Sdn Bhd (727129-U) Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  83. 82 LocalAdClick http://localadclick.net Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  84. 83 LS Gold Bullion Sdn Bhd (235435-H) Pelaburan emas 28/03/2013
  85. 84 Mari Wholesale (M) Sdn Bhd (556117-T) Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  86. 85 Maxim Capital Ltd www.maximtrader.com Perniagaan mata wang asing 25/09/2013
  87. 86 Maza Network Sdn Bhd (1006389-H) Aktiviti tidak berlesen 12/11/2013
  88. 87 Meccafund Family Malaysia www.meccafundfamilymalaysia.blogspot.com Aktiviti tidak berlesen
  89. 88 McRen Oceanus Sdn Bhd (908484-X) Aktiviti tidak berlesen 22/07/2013
  90. 89 Mega Dynasty Sdn Bhd (931589-V) Pelaburan emas 13/07/2012
  91. 90 Megaherbs Bioextreme (001946380-K) Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  92. 91 Nexgain Malaysia Sdn Bhd (773854-D) Perniagaan mata wang asing 28/03/2013
  93. 92 OLTA Capital Management Inc. Perniagaan mata wang asing 13/07/2012
  94. 93 One AutoCash www.clubautocash.com www.1autocash.com Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  95. 94 Pancar Mayang Sdn Bhd (527196-H) Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  96. 95 Pars Pay Sdn Bhd (813378-V) Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  97. 96 Pegasus Bullion www.pegasusbullion.com Pelaburan emas
  98. 97 Perubatan Islam Seiring Syariat Al-Ikhlas Pelaburan emas 22/07/2013
  99. 98 Power Trade Asia Sdn Bhd (933528-T) www.kuasaforex.com.my Perniagaan mata wang asing 12/11/2013
  100. 99 PPC Storm http://ppcstorm.com Aktiviti tidak berlesen
  101. 100 Preferred Credentials Sdn Bhd Pelaburan emas 23/01/2013
  102. 101 Premier Ventures Gold Pelaburan emas 28/03/2013
  103. 102 Prestige Dairy Farm (M) Berhad (832757-A) Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  104. 103 Profit Web Sdn Bhd Perniagaan mata wang asing 19/02/2014
  105. 104 Program 10 Bulan Forex Trading Perniagaan mata wang asing 13/07/2012
  106. 105 Program I-Rich Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  107. 106 Projek Duit 2012 Perniagaan mata wang asing 13/07/2012
  108. 107 Provisio Multimedia Perniagaan mata wang asing 13/07/2012
  109. 108 Public Golden House Sdn Bhd (806825-M) Pelaburan emas 19/02/2014
  110. 109 Real Biz Pasif Aktiviti tidak berlesen 12/11/2013
  111. 110 Real Ingenious Sdn Bhd (926598-U) www.worldfocus.co Perniagaan mata wang asing 13/07/2012
  112. 111 Retro Titan Sdn Bhd Perniagaan mata wang asing 19/02/2014
  113. 112 RGCX Trading Corp http://www.goldrgcx.com/richman8 www.rapidgcx.com Perniagaan mata wang asing 13/07/2012
  114. 113 RMMUDAH.COM Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  115. 114 RN Corporate Services Sdn Bhd Perniagaan mata wang asing 19/02/2014
  116. 115 Rowther Technologies MSC Sdn Bhd (727979-T) Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  117. 116 Royal Gold Sdn Bhd (1005830-X) http://royalgolds.com Pelaburan emas 27/09/2012
  118. 117 Royale Team Groups www.royaleteaminfo.blogspot.com Perniagaan mata wang asing 02/05/2013
  119. 118 RS Capital Holdings Bhd (819833-P) Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  120. 119 Sera Land Mangement & Enterprise (JM0503206-P) Aktiviti tidak berlesen 23/01/2013
  121. 120 SGFM Trading Sdn Bhd (936419-V) Pelaburan emas 27/09/2012
  122. 121 Slimberry Extreme Team http://zatslimberry.blogspot.com slimberryxtreme.com Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  123. 122 Speedline www.speedline-inc.com Perniagaan mata wang asing 13/07/2012
  124. 123 Srgold Exchange Bhd (1033164-V) www.srgold.com.my Aktiviti tidak berlesen 12/11/2013
  125. 124 Sri Perkasa Emas Trading Pelaburan emas 13/07/2012
  126. 125 Steady Dynasty Sdn Bhd (782270-H) Aktiviti tidak berlesen 22/07/2013
  127. 126 Steady Global Network Sdn Bhd Aktiviti tidak berlesen 22/07/2013
  128. 127 Suliz Pearl Mines Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  129. 128 Sweblink Global Network Sdn Bhd (209952-H) Aktiviti tidak berlesen 22/07/2013
  130. 129 Swiss Capital Venture Pelaburan emas 13/07/2012
  131. 130 Syarikat GECS Ltd Perniagaan mata wang asing 13/07/2012
  132. 131 Syarikat Sri Alam Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  133. 132 Tabung Dana Ehsan Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  134. 133 The Gold Guarantee Pelaburan emas 29/11/2012
  135. 134 Titan Group Sdn. Bhd (823732-U) Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  136. 135 TukarGold.net www.tukargold.net Pelaburan emas 13/07/2012
  137. 136 Ultimate Power Profits www.ultimatepowerprofits.yolasite.com Aktiviti tidak berlesen 16/10/2012
  138. 137 United American Traders Council www.uatconline.com Perniagaan mata wang asing 12/11/2013
  139. 138 Urustabil Sdn Bhd (545426-X) Aktiviti tidak berlesen 27/09/2012
  140. 139 VC Gold Sdn Bhd (722295-T) Pelaburan emas 13/07/2012
  141. 140 Virgin Gold Mining Corporation Pelaburan emas 13/07/2012
  142. 141 Westrank Equity Sdn Bhd (1046449-A) Pelaburan emas 25/09/2013
  143. 142 World Dirham Berhad (970807-X) Aktiviti tidak berlesen 22/07/2013
  144. 143 WSL Merchants Pte Ltd www.worldshopperslink.com www.click4dollar.com Aktiviti tidak berlesen 16/10/2012
  145. 144 XOC7 Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  146. 145 YDS Corporate Line Sdn Bhd (877697-P) http://yds2u.com Aktiviti tidak berlesen 02/05/2013
  147. 146 YDS Holding Groups Bhd (987797-T) http://yds2u.com Aktiviti tidak berlesen 02/05/2013
  148. 147 Zeta Capital Management Aktiviti tidak berlesen 13/07/2012
  149. 148 Zness.com http://zness.com Perniagaan mata wang asing 25/09/2013
  150. 149 Alpari (Asian) Ltd Perniagaan mata wang asing 21/05/2014
  151. 150 Sejati Agarwood Enterprise Aktiviti tidak berlesen 21/05/2014
  152. 151 Ajuwah Realty Sdn Bhd (966604-D) Aktiviti tidak berlesen 7/25/2014
  153. 152 Ajuwah Agencies Sdn Bhd (966620-V) Aktiviti tidak berlesen 7/25/2014
  154. 153 AsiaLink Globe Capital www.com-agc.com Aktiviti tidak berlesen 7/25/2014
  155. 154 BFS Markets Ltd www.bfsforex.com Perniagaan mata wang asing 7/25/2014
  156. 155 Binary Indulgence Sdn Bhd (963258-W) Perniagaan mata wang asing 7/25/2014
  157. 156 Delta Wealth Services (002194713-K) Perniagaan mata wang asing 7/25/2014
  158. 157 Destiny Resources Services Perniagaan mata wang asing 7/25/2014
  159. 158 Everise Fumigation Sdn Bhd Aktiviti tidak berlesen 7/25/2014
  160. 159 Ganding Wawasan Trading (TR0133766-A) Aktiviti tidak berlesen 7/25/2014
  161. 160 Hin Huat Auto Sports (TR0005484-X) Aktiviti tidak berlesen 7/25/2014
  162. 161 Keenan Prestige Services (002095851-P) Perniagaan mata wang asing 7/25/2014
  163. 162 Keenan Capital Group www.kcgtraders.com www.keenonlinefx.com Perniagaan mata wang asing 6/25/2014
  164. 163 Keenan Brilliant Services (002021597-V) Perniagaan mata wang asing 7/25/2014
  165. 164 Nory Motor (TR0023237-H) Aktiviti tidak berlesen 7/25/2014
  166. 165 Norry Setia Ent (TR0103958-M) Aktiviti tidak berlesen 7/25/2014
  167. 166 NTB Agencies dn Bhd (1039052-M) Aktiviti tidak berlesen 7/25/2014
  168. 167 Overseas Delight Sdn Bhd (614245-W) www.arowana2u.com Aktiviti tidak berlesen 7/25/2014
  169. 168 Pro Infinity Ltd http://proinfinity.com Perniagaan mata wang asing 7/25/2014
  170. 169 Puncak Hartawan Resources (0000097980-T) Perniagaan mata wang asing 7/25/2014
  171. 170 Rejab Trading (TR0115248-A) Aktiviti tidak berlesen 7/25/2014
  172. 171 Rejabwealth Sdn Bhd (1005424-X) Aktiviti tidak berlesen 7/26/2014
  173. 172 Rimbun Tekad Realty Sdn Bhd (966604-D) Aktiviti tidak berlesen 7/25/2014
  174. 173 Rimbun Tekad Consultancy Sdn Bhd (966620-V) Aktiviti tidak berlesen 7/25/2014
  175. 174 RM20segera.com www.rm20segera.com Aktiviti tidak berlesen 7/25/2014
  176. 175 Sri Chempacka Emas Enterprise (SA0293336-P) Pelaburan emas 7/25/2014
  177. 176 Tanjung Trading (TR0123942-W) Aktiviti tidak berlesen 7/25/2014
  178. 177 Tenaga Setia Services (107239-P) Aktiviti tidak berlesen 7/25/2014
  179. 178 UER Gold https://uergold.com/profitsharing.php Pelaburan emas 7/25/2014
  180. 179 UFUNCLUB Aktiviti tidak berlesen 7/25/2014
  181. 180 Uncang Teguh Resources (0000102116-T) Perniagaan mata wang asing 7/25/2014
  182. 181 Verger Management Services Perniagaan mata wang asing 7/25/2014
  183. 182 Water World Marketing (CA0177161-P) Aktiviti tidak berlesen 7/25/2014
  184. 183 3Sixty Venture Capital PLC www.empire3sixty.com http://forum.putera.com/tanya/index.php?/topic/ 92929-3sixty-ventureanda-mahu-income-pasifrm1500-setiap-hari/ Aktiviti tidak berlesen 30/12/2014
  185. 184  Ace Dimension Network Sdn Bhd Perniagaan mata wang asing 10/04/2015
  186. 185  AE Group Holding Pte. Ltd. (201322498-D) http://www.aevfc.com Aktiviti tidak berlesen 14/05/2015
  187. 186 Agar Wood Chamber of Commerce Malaysia Aktiviti tidak berlesen 21/05/2015
  188. 187  Ajuwah Consultancy Aktiviti tidak berlesen 21/05/2015
  189. 188 Arba Emas Perak (SA0280035-A) http://www.arbaemasperak.com Pelaburan emas 14/05/2015
  190. 189  Aurawave Marketing Sdn. Bhd http://www.aurawave2u.com Aktiviti tidak berlesen 14/05/2015
  191. 190  Capital Asia Group (M) Sdn Bhd www.capitalasiagroup.com Aktiviti tidak berlesen 14/05/2015
  192. 191  Celik Emas Enterprise (0021517795-K) Pelaburan emas 14/05/2015
  193. 192 Changkat Agro Resources (IP 0353991V) Aktiviti tidak berlesen 14/05/2015
  194. 193 DM Rise Enterprise (PG 0262929-H) Aktiviti tidak berlesen 20/10/2014
  195. 194 Emgoldex (Emirates Gold Exchange) Pelaburan Emas 10/04/2015
  196. 195 FxUnited Malaysia (myfxunited) Perniagaan mata wang asing 10/04/2015
  197. 196  FXZN Zenith Limited http://www.fxzn.com Aktiviti tidak berlesen 30/12/2014
  198. 197 FXZN Investment Limited Aktiviti tidak berlesen 30/12/2014
  199. 198  FXZN Zenith Management Limited Aktiviti tidak berlesen 30/12/2014
  200. 199  Inter Pacific Soyy Enterprise Aktiviti tidak berlesen 10/04/2015
  201. 200 Khaira Sakinah Resources (CT0018249-R) Aktiviti tidak berlesen 20/10/2014
  202. 201 KL FxUnited Club Perniagaan mata wang asing 10/04/2015
  203. 202 Kudaemas www.kudaemas.com Pelaburan emas 20/10/2014
  204. 203 LocusNetwork4u.com http://locusnetwork4u.com http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=548206 Perniagaan mata wang asing 14/05/2015
  205. 204  Megah Mewah Trading (SA0295909-A) Aktiviti tidak berlesen 20/10/2014
  206. 205 MH Secret Wealth Enterprise (NS0122059A) Pelaburan emas 14/05/2015
  207. 206 Million Jade Sdn Bhd http://www.millionjade.com Aktiviti tidak berlesen 14/05/2015
  208. 207 Mohamad World Enterprise Aktiviti tidak berlesen 10/04/2015
  209. 208  My Cameron Hills Sdn Bhd Aktiviti tidak berlesen 21/05/2015
  210. 209  ODFX http://www.ODFX.com Perniagaan mata wang asing 14/05/2015
  211. 210 Orion Healthcare Management Services Sdn Bhd Aktiviti tidak berlesen 10/04/2015
  212. 211  Orion Prokasih (M) Sdn Bhd Aktiviti tidak berlesen 10/04/2015
  213. 212 Quantum Capital Program www.quantumcapitalprogram.com www.berjayaforex.com Perniagaan mata wang asing 30/12/2014
  214. 213  Rising Premium Sdn Bhd (285572-P) Pelaburan emas 14/05/2015
  215. 214 Suisse Coins Sdn Bhd www.suissecoins.com Aktiviti tidak berlesen 10/04/2015
  216. 215 Syarikat Azza Motor Network Sdn Bhd (104795-P) www.rajakeretaweebly.com www.rajakereta.com Aktiviti tidak berlesen 30/12/2014
  217. 216 Windsor Fragrance Sdn Bhd (599208-H) Aktiviti tidak berlesen 20/10/2014
  218. 217 Zill Akasha Gemilang Enterprise Aktiviti tidak berlesen 10/04/2015
  219. 218  Perfway Traders Sdn Bhd (918583-V) http://www.perfway.com Aktiviti tidak berlesen 30/12/2014
  220. 219 Perniagaan Jatidana Wawasan (M) Sdn Bhd Aktiviti tidak berlesen 30/12/2014
  221. 220 Uni Argrow (Cambodia) Co. Ltd www.argrow.biz http://www.unicapasia.net/ Aktiviti tidak berlesen 30/12/2014
  222. 221 Reza Anuar Seven Pelaburan emas 20/10/2014

Persoalannya ialah… adakah tidak diiktiraf sama dengan menipu? Apa pendapat pembaca?
Apa pengalaman pembaca dengan syarikat-syarikat ini? Kalau ada apa-apa pengalaman sila kongsi di bawah…

Sumber