Sunday, 2 August 2015

Hijjaz nafi terlibat dalam Ufun Club


Isman Nadim meminta pihak berkaitan berhenti menggunakan nama Hijjaz 
untuk sebarang promosi perniagaan tanpa kebenaran





Kumpulan nasyid popular, Hijjaz menafikan terbabit dalam aktiviti skim cepat kaya yang dikenali sebagai `ufunclub’.

Ketua kumpulannya, Isman Nadim Isam ketika dihubungi The Rakyat Post pada Jumaat berkata, dia langsung tidak mengetahui perkara itu dan menyifatkan skim tersebut cuba mengambil kesempatan, dengan menggunakan nama kumpulannya.

Isman Nadim bagaimanapun mengakui, Hijjaz pernah mempunyai hubungan dengan syarikat tersebut yang sebelum ini menjalankan aktiviti jual beli emas dikenali sebagai `Ufun Gold’.

Katanya, mereka kini tidak lagi berurusan dengan syarikat itu, sejak tiga bulan lalu, malah langsung tiada kaitan dengan skim baru yang mungkin diwujudkan syarikat berkenaan.

“Kami memang pernah menyertai ufun ini, tetapi ketika itu, ia hanya melibatkan pelaburan emas.

“Kita beli emas daripada sesiapa sahaja yang ingin menjualnya, tetapi sejak harga emas jatuh pada masa sekarang, kami tidak lagi terlibat dengan syarikat itu.

“Sekarang ini, pembeli emas rugi, sebab harga jatuh dan masa kita sertai Ufun Gold ini, kami nak tolong mereka,” katanya.

Isman Nadim mendakwa, dia juga tidak mengetahui aktiviti ufun yang menubuhkan satu skim menggunakan modus operandi bercirikan kelab, bagi mencari ahli baru.

Ujarnya, penggunaan nama Hijjaz untuk tujuan mempromosikan skim baru Ufun itu juga dibuat tanpa mendapat kebenaran kumpulannya dan ia boleh dianggap satu bentuk penipuan.

Katanya, apa yang berlaku itu boleh menjejaskan reputasi dan nama baik kumpulan Hijjaz, jika aktiviti skim itu didapati menyeleweng.

Sehubungan itu, dia meminta perkara itu dihentikan, sebelum mereka mengambil sebarang tindakan.



1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete